Sunday, August 21, 2011

Sekumpulan ayah menjaga babynya

muahahahahahahahahahahhahahaha... satu lagi cerita singkat yang bongok

Iklan untuk lelaki hidung belang

hahahahahhaahhahaa... cis.. korang layan ahh

Iklan beli kereta

hahahaha. aritu aku ada bagitau korang pasal iklan alihkan babat/lemak kan? hahahahaha ini hari iklan beli kereta yang ala2 bangang plus funny.. korang layan la..



sorry guise.. aku dapat kucing baru arinih.. lawoooooooooooooooooooooooooo....

Saturday, August 20, 2011

tatapan kita sebagai seorang anak

Post by Noorsuhadah Nordin
jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,


Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Waktu muda ibu dilanda resah, waktu tua dilanda rasa. ibu 3 kali ganda lagi penting dari ayah. sedangkan solat sunah boleh terhenti bila ibu panggil. jadi renung-renungkan la ye pembaca blog beritakarut!

Friday, August 19, 2011

Motor Pre Alien yang cool


pehh nih lagi sorang addict dgn sains fiksyen!.. warga thailand dari Roongrojna Sangwongprisarn 54 nih dia gunakan serpihan alat ganti terpakai basikal dan kereta untuk hasilkan pre alien nih yang memakan masa hampir 1 tahun. Bro nih dia ada Bengkel Ko Art Shop diseluruh negara thailand.

harga dia jual setakat nih ASD 15000 (MYR 45000).. leh bawak sampai kelajuan maksimum 100Km/h


Motor Elektrik Honda yang Super AWSOME!

wowowow.. kalu aku dapat moto nih.. aku xpandang dah ER6-F, yamaha r1 dan ducati.. aku pandang yang ini jek nih..


Orang Mexico tangkap si Pari-Pari




hahahaa. aku xtau la.. tapi yang pasti si mangkok Jose Maldonado yang juga sebagai juru ikat bata construction in Guadalajara, Mexico. dia mengaku dia tangkap pari-pari. hahaha

"I was picking guavas and I saw a twinkling. I thought it was a firefly. I picked it up and felt that it was moving; when I looked at it I knew that it was a fairy godmother."

aku rasa ini pari2 kat peter pan nih.. hahahahah ntah la. korang tgk la vid dibawah..

Iklan yang hahahahaha

aku nak gelak sebenarnya.. tapi nak gelak bukan kerana lawak iklan nih... ntah la. aku jalan2 kat youtube jumpe lak mende nih.. adoi2. hahahahhaa

Wednesday, August 17, 2011

Kuih Bulan Angry Birds!


hahahahaha fanatik tol. dijual di Mid-Autumn Festival.. korang nak beli lah hahahahaha

Bunyi Meteor yang dirakam!

wowowowo.. nice...
bunyi nih dirakam by the U.S. Air Force Space Surveillance Radar di Texas. Radar stesen diorang nih dekat Tasik Kickapoo, Tx,salah satu tempat yang strategik bagi United States Strategic Command (USSTRATCOM). tujuan USSTRATCOM itu adalah detect, track, catalog, and identify artificial objects orbiting Earth. yeahh... kalu ada makhluk asing tuh. depa nih dulu la yang akan tau dulu.. dasat x? dasat x? kan kan kan kan kan?


Air Swimmers

yeahhhh aku nak satu la buh kat lam umah aku. hahahahaha

Infografik tentang revolusi Handphone

yeahhh aku suka infografik!



Microsoft Solitare Sculpture yang win!


Lars Marcus dan Theos of Skrekkøgle menggunakan medium sculpture untuk kite kembali pada zaman muda2 dulu kekeke..bermain Microsoft’s Solitaire. Dibuat dari pada 1 ribu pixellated cut dan gam kad. dan disusun menjadi seperti error dan effect masa bermain solitare. wow. nostalgia beb..







Monday, August 15, 2011

Renungan untuk bulan puasa

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Sunday, August 14, 2011

Peminat Justin Bieber yang fanatik

hahahahahhaha... apa la best sangat ngan budak tuh... best lagi kumpulan KRU la...

hiPhone 5 yang fake!


china xabes2 nak plagiat teknologi apple. tapi walau dia tiru camana pon still xleh tanding itu apple.. dari orang beli yang fake better buy a genuine one.. the price for this rubbish phone is 200 yuan ( aku malas nak convert ). dari segi interface sume sama jek cam apple kan? tapi apa pon.. orang china mmg tere plagiat.. hahahahahah



Kereta yang disapot oleh Keju Coklat, dan Wain


Exige 270E Tri-fuel sports car yang menggunakan 3 benda: chocolate, cheese, and wine. This sexy looking car designed by Lotus Engineering actually runs on ethanol, technically, but it derives that ethanol from the aforementioned products and can use that ethanol to go from 0-60 in under 4 seconds. guise check more picx i uploaded.. believe or not?



Ekslusif Karut: M.Gandhi Tulis surat pada Hitler

LOL hahahahhahahahahahah


sculpture batu yang awsome!


Korang nampak cam aku menipu kan? kan kan kan kan? macam guna adobe photoshop kan? kan kan kan kan kan? hahahahahhahaa... ok here the fact:

Projek dia nih calls Gravity Glue, is based around Grab’s view that change is fundamental to our modern world. His art is meant to decay, and meant to have only a specific time and place.



awsome rite?

Jangan Sesekali Serang Bear yang Comel!

tadi korang tgk burung hantu kan? nih korang tgk bear lak.. aku mood comel lak arinih


Burung Hantu Yang Paling Rilekzzz

hahahaha... manja siot

Thursday, August 11, 2011

wanita ketagih makan abu Mendiang Suaminya

Wohoo.. unique... hahaha but dumb ass! yang pergi pergi la.. nak wat camana kan.. ini la pelik orang barat nih...kite ikuti kisahnya..




show di TLC dalam program My Strange Addiction, penagihan ganjil yang ketara serta ketagih kepada perkara-perkara seperti makan tepung pembersihan produk, mengambil laxitives, dan kini sedang makan abu ahli keluarga si mati. Casie, si pemakan abu, baru-baru ini kehilangan suaminya kerana serangan asma.. jadi abu mendiang Suami si Casie nih diletakkan dibawa kehulu hilir selepas itu casie nih dipercayai memakan abu tersebut. huhuhuh so scared...

doktor mengatakan bahawasanya penyakit nih dipanggil Pica, kerana makan bende2 yang xsehat. dan akhirnya menjerumus kpada kesihatan yang tidak sihat..

* orang malaysia xmakan abu pon leh mati.. Alfatihah untuk adik yang meninggal kerana taun (aku lupa nama arwah tersebut) .. berbelilah di tempat yang selamat dan bersih di baazar ramadhan..

Penguin Dicipta dengan Mesin Taip

Artist dan sculptor Jeremy Mayer telah mencipta penguin nih.. huhuhu.. penguin autobotss


Monday, August 8, 2011

LED wall terbesar dibuat untuk Gaming screen di Sziget Fest


250 meter persegi Dinding LED ini dicipta di Sziget Festival di Hungary. tujuan dia wat mende nih untuk memudahkan pengunjung bermain Rocket Bullet Storm. jumlah nak wat LED wall nih lebih kurang 1.5 Juta! orang putih pelik2.. jadi korang tgk la vid dia.


Thursday, August 4, 2011

Asal usul Bahasa Computer

yeahh.. bagi sapa2 yang nak wat esaimen tuk bahasa computer nih.. aku ada sedikit yang leh dikongsikan.....



feveret bahasa aku PHP dengan ruby jek..

Lelaki Di tangkap kerana cuba Split atom dirumahnya sebagai hobi


lelaki swedish nih bernama richard Handl, 31. dia ditangkap atas motif cuba nak pecah belahkan atom di dapur. aku pon xberapa nak paham jugak. reason dia sebab dia nak cipta seorang perfect woman sebab dia kesunyian, horny, passionate dan nak mampos. dia menggabungkan elemen radium, americium, dan uranium. semua nih radioaktif beb... dia ditangkap kerana menyalahgunakan bahan2 radioaktif yang bahaya.

Si handl nih kalu korang nak tau dia dah ada nuclear reactor dalam umah dia.. cume dia tak tau sama ada haram atau tidakk.. goblok kan? hahahahahhaa.. weird science!

Bekas tangan kanak2 Untuk Iphone


hohohohohoh.. kadang2 jepun nih terlalu ekstrem.. bekas tangan nih dipanggil dokkiri hand case yang meniru tangan seseorang. sebijik bebbb.. tapi bodoh + huduh la case gini.

Gelanggang Tenis yang tertinggi di Dunia


hotel yang ke-4 tertinggi di dunia, hotel Burj al-Arab di Dubai buat satu tempat tennis yang tinggi. hotel nih punyai ketinggian 1,053 kaki dari tanah.. lepas tuh. tempat tennis lak dekat sangat nak sampai atas skali. jadi sapa nak main? sanggup?



Anjing kejar mengejar yang cute

HAhahahhaha video nih lawak gila. sian tul yang si kecik tuh

Hiburan korang tuk bulan puasa

aku tak tau.. tahi orang ini..

Istana yang dibuat dari Rambut


sapa leh buat aktiviti yang mencabar nih? ini dia Artist Augustina Woodgate yang berjaya cipta 3,000 bata yang menggunakan Rambut manusia dan dia buat 2 istana tersebut dengan niat dalam hati "saya nak jadi Puteri" gi mampos kata aku.. si augustina nih menggunakan rambut macam2. ada yang blond dan sebagainya.


tapi apa aku leh cakap.. gud job la...

Main sambung titik yang paling payah didunia

Check this!








Mona Lisa - 6,239 dot to dot drawing from Thomas Pavitte on Vimeo.

Perempuan Berkepala iPAD

HHOHOHOHO!! serious menakutkan. tapi ini sume programming nye cite.. itu yang best jadi seorang programmer kerana teknologi atas bahu diorang.. hehehehe (bangga sket).. aku tgk perempuan nih guner ipad kat kepala cam xbest jek. tapi awsome la.. aku nih penggila angry birds.. sampai tido pon aku leh mimpi men game tuh.. tapi kalu dengan ppuan ipad nih? camana nak men angry birds? damn!

Visual Effects Yang win!

semua yang korang tgk nih sumanya Computer Generate! jauh beza dgn Karak dan Merong Mahawangsa!

Wednesday, August 3, 2011

WWE version Angry Birds cam taik

HAHAHAHHAHAHA.. malas nak mencarut sebab puasa.. korang tgk la

Rekod Dunia budak India dilahirkan 34 jari


lahir dengan jumlah 34 fingers and toes.. budak comel nih bernama Akshat Saxena dah pecahkan rekod dunia dengan jari terbanyak dan mengalahkan budak China yang mempunyai 15 jari tangan dan 16 jari kaki. si Akshat dilahirkan 7 jari setiap tangan dan 10 jari di setiap kaki. penyakit nih /simptom or whatever dikenali as polydactyly. lepas nih dia nak skolah senang jek la. xpayah kira guna batang lidi.. guna jari pon boleh............

Ular Di kereta~

HAHAHAHHAHAHAHAHAHA.. kalu aku la. menggelepor dah... serious geli

Tempat gantung kunci yang magnetick

ok la. sesapa yang malas nak gantung kunci nih.. korang leh campak jek asalkan kene pada penggantung kunci tersebut.. korang leh purchase barang nih kat sini

Couch Surfer yang agak cool jugak la

Hahahahahahahha korang tgk la nih.. menggunaka sofa yang berusia 70 tahun beb... korang tgk la vt tersebut

Shawn Farquhar pakar Card yang Awsome!

sory guys lama xpost.. aku sebok dengan outstations dan keje yang belambak.. sebelum raya nih ingat nak keluar motor yamaha R1 insyaallah! doakan aku ye

Popular Posts